Penyanyi Ippo Hafiz mendedahkan hasrat bergelar penyanyi pernah ditentang ibu dan bapanya memandangkan dia merupakan bekas pelajar sekolah pondok.
Menurut Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yazit, 27, ibu dan bapanya bimbang dia akan 'hanyut' serta lupa diri selepas menceburi bidang muzik.
“Sebenarnya lepas habis sekolah dulu memang ada hasrat nak sambung belajar dalam bidang muzik di Akademi Seni Warisan dan Budaya (ASWARA) dan juga UiTM, tapi ibu bapa saya tak restu.
“Jujur saya kata ibu dan bapa saya memang tak ‘support’ saya dulu, sebab mereka takut saya lalai dan hanyut.
“Kalau boleh mereka nak saya jadi seorang ustaz ataupun ahli tahfiz sebab dulu saya pernah sekolah pondok sekejap.
“Sebagai seorang anak saya faham perasaan mereka yang risaukan keadaan saya. Alhamdulillah, selepas beberapa tahun saya minta restu dan doa dari ibu bapa, mereka akhirnya redha dan beri saya teruskan hasrat dalam bidang seni.
“Saya akui selepas mendapat restu dari mereka, peluang untuk saya berada dalam industri ini terbuka luas. Ini adalah cerita jujur yang saya ingin kongsikan bersama peminat, restu ibu bapa itu penting,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran album sulungnya, Ippo Hafiz bertempat di Red Box, The Gardens, petang Selasa.
Mengulas mengenai album, Ippo memberitahu ia merupakan kompilasi lagu-lagu OST hits yang pernah menghiasi drama-drama popular sebelum ini.
“Perancangan hasilkan album bermula sejak tahun lalu manakala idea untuk buat album ini timbul apabila ada peminat yang bertanya bagaimana untuk mendapatkan koleksi lagu-lagu saya kerana sebelum ini ada juga lagu-lagu saya dimuatnaik di YouTube tetapi bukan semua.
“Saya sedar lagu saya lebih dikenali berbanding dengan nama Ippo Hafiz itu sendiri, tapi tak mengapa kerana saya bersyukur sebab lagu-lagu tu diterima dan menjadi siulan ramai.
“Saya sendiri tak sangka lagu-lagu ciptaan saya ini akan menjadi popular dan terima kasih kepada peminat yang sentiasa berikan sokongan,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Ippo merancang untuk mengadakan konsert jelajah tidak lama lagi.
Terdahulu, Ippo telah mencatatkan fenomena tersendiri apabila berjaya mencatatkan jumlah hits menerusi tontonan video lirik di YouTube sehingga menjangkau 6,000,00 juta dengan lagu ‘Kekal Bahagia’.
Ippo popular menerusi lagu-lagu runut bunyi (OST) drama seperti Cinta Si Wedding Planner, Hidayahmu Ramadan, Teman Lelaki Upahan dan Cik Cinderella Encik Tengku.
Ahmad Shah
Wed May 18 2016
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu