Bintang Gegar Vaganza 5 (GV5), Safura Ya'cob mengundang perasaan sedih dan sebak dalam kalangan pengikut Instagramnya apabila memuat naik foto mencium arwah anaknya, Nur Aisyah Maryam.

Foto yang dirakamkan sekitar tujuh tahun lalu itu merupakan antara kenangan Safura bersama anaknya yang meninggal dunia pada September 2011 akibat demam berpanjangan.

"Ciuman terakhir... Entah kapan aku akan bertemu anak syurga ku ini.

"Ya Allah rindu yang tidak tertanggung saat ini, walaupun sudah 7 tahun meninggalkan kami.

"Segala cinta dan sayang kau bawa bersama, pilu sebuah kehilangan... Nur Aisyah Maryam," tulis Safura.

Ciuman terakhir..entah kapan aku akan bertemu anak syurga ku ini....ya Allah rindu yg tidak tertanggung saat ini...walaupun sudah 7 thn meninggalkan kami....segala cinta dan sayang kau bawa bersama....pilu sebuah kehilangan..???... Nur Aisyah Maryam...

A post shared by SAFURA YA'COB (@safurashah) on


Perkongsian itu selain mencetuskan rasa hiba ada antara peminatnya yang turut berkongsi pengalaman kehilangan permata hati tercinta dalam pelbagai episod duka.

Nur Aisyah Maryam dilahirkan pada 23 Ogos 2008 dan hanya berpeluang berkongsi kasih sayangnya bersama Safura selama tiga tahun.

Selain Maryam, Safura mempunyai seorang anak bersama pelakon Shahronizam iaitu Yusoff Firdaus, 8.

Hasil perkahwinan sebelum ini, Safura dikurniakan dua anak, Nurul Natasha, 24, dan Muhammad Daniel Khaqim, 18.