Kumpulan nasyid UNIC kesal dengan tindakan bekas ahli mereka, Fitri Haris yang masih menyanyikan lagu kumpulan itu walaupun telah bergerak secara solo.

Bazli yang merupakan salah sorang dari ahli UNIC meluahkan perkara itu menerusi entri terbaru di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Menurut Bazli, UNIC masih aktif menyanyi dan bakal muncul dengan sebuah konsert tidak lama lagi, namun lagu-lagu mereka turut dinyanyikan Fitri dalam persembahan solonya.

"Di Malaysia ni ada dua ke UNIC? Saat kumpulan kami masih ada dan aktif membuat persediaan konsert, ada pula UNIC kedua yang buat konsert dan nyanyi lagu yang sama.

"Come on Fitri, move on please, bina karakter dan identiti sendiri, yakin dengan kemampuan diri untuk pergi lebih jauh tanpa dibayangi UNIC," tulisnya sebagai kapsyen.

@fitriharisofficial di Malaysia ni ada 2 UNIC? Saat UNIC masih ada, malah aktif dan tgh sibuk prepair utk @konsertainulmardhiah 7Disember ni boleh pulak ada 2nd UNIC buat juga konsert nyanyi lagu sama juga. Tarikh pn dekat sama.. Mcm kelakar pn ada... Kamon fitri... Move on please pit.. Bina karaktor sendiri, bina identiti sendiri, kekuatan dan follower sendiri. Yakin dgn kemampuan diri sndiri boleh pergi lebih jauh tanpa dibayangi unic. Ada sebb sy post ni..2 bulan lalu kita dh bincang elok perkara ni dah selesai elok dah kan. Dunia kreatif seni ni sgt luas.. tanpa perlu guna elemen trowback dan ulang kisah2 sedih UNIC pun pastu boleh pergi lebih jauh.. Yakinlah nama branding sendiri, binalah branding sendiri bermula hari ini.insya Allah berjaya.. harap jgn salah faham, bukan nk suruh stop bukan nk dengki bukan nk aduh, nak harmoni dan.. Cuma nk ajak jom kita bekerja dgn lbh smart dan profesional dan bina identiti sendiri.. itu saja... Good luck! Moga sama2 brjaya dgn cara masing2 Tolong hormat perasaan @fakhrulunic dan @najdiunic Ada masa sesuai kita bergabungla mcmana nnti..

A post shared by bazliunic (@bazliunic) on


Dalam pada itu, Bazli turut menyatakan bahawa mereka telah berbincang mengenai perkara itu bersama Fitri dua bulan yang lalu dan semuanya telah diselesaikan dengan baik.

Bazli juga menjelaskan kenyataan itu bukan bertujuan untuk mencetuskan pergaduhan, sebaliknya untuk sama-sama berkerja dengan lebih baik dan professional.

Baru-baru ini, Fitri telah berkongsi sebuah entri mengenai konsertnya yang bakal diadakan pada 9 Disember yang turut menyenaraikan lagu-lagu UNIC dalam senarai lagu yang akan dinyanyikan.