Penyanyi Adibah Noor mendedahkan dia masih aktif menyanyi meskipun jarang muncul di kaca televisyen.

Menurut Adibah, dia masih menerima undangan menyanyi di majlis korporat.



Adibah berkongsi perkara tersebut di akaun Twitter miliknya.

Menerusi posting tersebut, Adibah turut retwtit foto dirinya sedang menyanyi di salah sebuah majlis korporat yang dikongsi peminat.

Twit itu turut mendapat perhatian peminat Adibah dan ada yang memberitahu, mereka tidak mampu membayar untuk mendapatkan khidmat Adibah.

Namun, pelantun lagu Terlalu Istimewa itu terus membalas dengan memberitahu bayaran untuk mengambilnya menyanyi tidak semahal yang disangka.


Twit Adibah itu dianggap lucu dan mencuit hati pengikutnya.