Pelakon Nina Iskandar terlibat dengan kemalangan apabila kenderaannya dilanggar dua kereta serentak pada awal pagi semalam.

Menerusi kemas kini ruangan Instagram Stories milik aktres itu, dia berkongsi beberapa foto keadaan keretanya selepas dilanggar.

Selain itu, Nina berkongsi foto selfie dengan bibir bengkak serta dia juga sempat meluahkan perasaannya di ruangan terbabit.





"Besarnya dugaan saya kali ini. For the past few months memang banyak betul dugaan. Insya-Allah, ada hikmah dan ganjarannya," tulis Nina.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Isteri Dalam Sangkar itu juga turut berkongsi entri Instagram yang dimuat naik oleh rakan pelakon, Amyza Aznan di ruangan Instagram Stories miliknya.



Sementara itu, pembantu peribadi Nina, Arys Khalid memaklumkan pelakon kelahiran Brunei itu sedang berada dalam keadaan selamat.



Usaha Gempak untuk menghubungi Nina sendiri bagi mendapatkan penjelasan lanjut gagal kerana pelakon itu sedang berehat dan menjalani rawatan.