Pelakon popular, Elfira Loy memuat naik foto memakai tudung bawal beberapa hari lalu.

Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Dalam gambar tersebut, Elfira tampil dengan gaya yang ringkas dan bersahaja dengan hanya mengenakan tudung bawal bersama pin berbentuk riben.

Apa yang menarik perhatian adalah reaksi positif dari netizen di ruangan komen, rata-rata mereka memuji imej Elfira yang bertudung bawal itu.

"Pakai macam ni lah selalu.

"Simple dan menarik.

"Macam wanita Melayu terakhir lah El.

"Cantiknya," tulis netizen.

Bila anda tak yakin dengan skill tukang tangkap gambar maka senyuman anda pun amat meragukan. Lulz. #pintakdepinjamribbonmama.

A post shared by ٢٤ | ?? | Selfie is ma thangg (@elfiraloy) on


Elfira mula mencapai puncak popularitinya bermula tahun 2012 dengan tampil menerusi lakonan dalam drama dan filem tempatan.