Pelakon yang pernah menjadi peserta Dewi Remaja 2014/2015, Puteri Aishah menasihatkan semua finalis program itu agar tidak hipokrit.

Kata Puteri Aishah, 24, nasihat yang sama pernah diberikan kepadanya ketika mula menyertai program sama beberapa tahun lalu.

"Saya doakan semua peserta Dewa Remaja tahun ini melakukan yang terbaik dan paling penting jadi diri sendiri!

"Nasihat itu juga yang pernah saya terima ketika menyertai Dewi Remaja sebelum ini.

"Apabila kita menjadi diri sendiri, orang akan nampak karakter sebenar kita dan arah karier kita kelak.

"Jadi, mudah untuk orang sekeliling terutama profesional industri memberikan nasihat berdasarkan personaliti kita.

"Jangan takut-takut, beranikan diri dan cuba semua benda," katanya kepada hLive.

Puteri Aishah yang mendukung peranan utama dalam filem Pulang akan muncul menerusi drama rantaian Selafaz Cinta yang sudah mula ditayangkan semalam.

Selafaz Cinta ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 6 petang di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

Manakala, Dewi Remaja 2018/2019 telah mula disiarkan setiap hari Ahad pukul 10.30 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).