Gurauan penyanyi Alif Satar yang menyatakan hasrat mahu membeli kereta jenis ‘sportscar’ Toyota FT1 membawa padah!

Isterinya, Shadila Halid menegaskan dia akan menjual semua basikal penyanyi tersebut jika Alif teruskan dengan hasratnya itu.

Ia berpunca selepas Alif secara berseloroh memberitahu impian dia untuk memilki kereta tersebut bakal tercapai jika dia mengabaikan pembiayaan masa depan pelajaran anaknya.

“Alisha and Ariana’s education can wait. oh yeahhhhhh ToyotaFT1” tulisnya.


Alif berkongsi mengenai hasratnya itu di Instagram (IG) dengan memuat naik menaiki kereta tersebut.

Alisha and Ariana’s education can wait. oh yeahhhhhh? #ToyotaFT1

A post shared by Alif Satar (@alifsatar) on



Isterinya muncul di dalam komen dan memberitahu mahu menjual semua basikal serta kereta yang dimiliki Aliff jika dia meneruskan hasratnya.



Gurauan mereka menarik perhatian peminat dan pengikut IG yang merasakan ia sangat lucu.




Pasangan ini bernikah pada 15 September 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.