Pelakon Ummi Nazeera mendedahkan suaminya, Izzar Anwari masih tidak membenarkan anaknya, Ayra Aneesah keluar rumah.

Ummi berkata anaknya hanya didedahkan dengan ahli keluarganya yang lain di rumah sahaja dan bersedia untuk dibawa keluar bila usia sudah mencecah enam bulan.

“Daddy tak benarkan Ayra keluar jalan jalan lagi... Travel from one place to another pun to another house je..

“Shopping malls semua belum pergi lagi. Tunggu 6 bulan nanti lah syg ya in shaa Allah.. Naik stroller ni pun area area rumah je.


“Sian dia.. Takpelah.. She has met so many people at home and so many people dah angkat sembang2 dgan Ayra kan.. i consider that teaching u/exposing u to social skills as well iAllah. mummy love u so much baby,” tulisnya.

Pelakon filem Gol & Gincu Vol. 2 itu kongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Ummi turut memuat naik video anaknya yang menaiki strolle atau kereta sorong bayi.

Ayra dilahirkan pada 22 Ogos lalu di Hospital Serdang. Ummi bersalin lebih awal daripada tarikh yang dijangka iaitu ketika hamil 34 minggu.

Ummi mendirikan rumah tangga dengan Izzar yang merupakan seorang doktor pada 23 Julai 2017.

Daddy tak benarkan ayra keluar jalan jalan lagi... Travel from one place to another pun to another house je.. Shopping malls semua belum pergi lagi. Tunggu 6 bulan nanti lah syg ya in shaa Allah.. Naik stroller @cybexmalaysia #cybexfashioncollectionkoi ni pun area area rumah je. ? Sian dia.. Takpelah.. She has met so many people at home and so many people dah angkat sembang2 dgan ayra kan.. i consider that teaching u/exposing u to social skills as well iAllah. mummy love u so much baby. #cybexmios

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on