Tidak lama lagi, pasangan Datuk Fizz Fairuz dan isterinya, Datin Almy Nadia bakal menimang cahaya mata ketiga.

Pelakon Datin Almy Nadia atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia berkongsi kandungannya kini sudah masuk minggu ke-36.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya.

Hasil pemeriksaan doktor memberitahu bayi dalam kandungan Almy berada dalam keadaan songsang.

Menurut Almy, jika pada minggu ke-37 keadaan bayi masih tidak berada dalam kedudukannya, dia terpaksa membuat keputusan sama ada melahirkan secara normal atau pembedahan.

Harini g check up . Kandungan 36minggu 3 hari... doc ckp baby songsang.. minggu depan 37 minggu jumpa doc lagi,if baby tak duduk di kedudukan nya kena buat keputusan antara normal delivery atau potong perut jawapnya... DOAKAN saya dan baby sy berada dikedudukan yg betul yer semua.. jadi nerbes bila doc ckp nak kena bedah.. sbb 2 anak sy normal delivery.. jadi klu boleh taknak la nak kena bedah2 ni.. ???... doakan sy agar selamat semuanya ya.. (pic tak ada kaitan ap2,abaikan yg depan tu ) ???

A post shared by Almy Nadia (@fizzalmy) on


Almy akui berasa gementar kerana sebelum ini dua orang anaknya dilahirkan secara normal.

Almy memohon kepada semua pihak untuk mendoakan agar semuanya selamat.

Almy dan Fizz bernikah pada tahun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Arianna, 3 dan Aurora, 1.