Selain akaun yang mempromosikan perniagaan di Instagram, laman sosial terbabit turut dibanjiri dengan pengiklan wang lama.

Kehadiran akaun 'spam' terbabit mengiklankan perkhidmatan mereka di ruangan komen laman Instagram selebriti nyata merimaskan.

Ramai selebriti tempatan yang mengambil tindakan menyekat akaun mereka serta ada juga tidak mempedulikan akaun tersebut.

Namun begitu, ada selebriti yang memilih untuk mengusik rakan-rakan artis lain dan meninggalkan komen seakan pengiklan wang lama.

Your manners are your beauty ❤️ Selamat malam ? #throwback #uqashasenrose #uqashafabulous

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2) on


Menerusi entri terbaru yang dimuat naik di laman Instagram milik aktres cantik Uqasha Senrose, aktor Zoey Rahman meninggalkan komen mahu membeli wang lama.



Apa yang mencuit hati, Uqasha turut membalas usikan Zoey dan memberikan jejaka itu 'pick up line'.

Rata-rata peminat memberi respon lucu dan terhibur dengan gurauan antara Zoey dan Uqasha.