Selebriti popular, Datin Diana Danielle sedang berkerjasama bersama bekas ahli kumpulan Sleeq iatu Alif.

Menurut Diana, Alif merupakan seorang yang kreatif dalam mencipta sesebuah lagu dan tidak memerlukan masa yang terlalu panjang untuk menyiapkannya.

“Saya sedang bekerjasama dengan Alif dalam menghasilkan beberapa lagu dimana saya terlibat untuk menyanyikannya.

“Terus terang saya katakan, saya suka berkerjasama dengan Alif kerana dia sangat kreatif dan cekap mencipta lagu yang sesuai untuk saya nyanyikan.

“Setiap kali saya jumpa dia mesti akan dapat inspirasi untuk lagu baru... Umpama dalam masa satu malam tu, beranak lagi satu lagu... Sangat cekap,” katanya berseloroh.

Diana berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran single Infiniti hasil kolaborasi bersama penyanyi Singapura Reyza Hamizan dan NeonSoul bertempat di Pavilion, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Infiniti merupakan sebuah lagu yang ditulis secara generik dan boleh ditafsirkan sebagai lagu ketuhanan, senikatanya segar dan menggalakkan pendengar untuk membuat tafsiran sendiri.