Nama pelakon cantik Scha Alyahya menjadi perhatian selepas memuat naik foto bersama supermodel terkenal, Bella Hadid.

Foto tersebut diambil ketika Bella hadir Malaysia untuk acara eksklusif yang dianjurkan oleh satu jenama jam tangan terkenal semalam.

Foto tersebut merakamkan wajah Bella yang tersenyum ketika mengambil gambar bersama aktres berkenaan.

Hi @laraalanaa ! Mommy with Bella ! ? #dontcrackunderpressure

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on

Namun apa yang perhatian adalah lokasi bergambar yang diambil oleh mereka berdua itu berlatar belakangkan botol arak.

Disebabkan perkara itu, ruangan komen Scha dipenuhi dengan kritikan netizen yang mempersoalkan tentang perkara tersebut.

Bagaimanapun ada juga yang mempertahankan Scha dan memberitahu aktres itu hanya sekadar bergambar dan hadir ke acara berkenaan untuk memenuhi jemputan.


“Lol be open minded dude. Dah event dia buat dekat situ, you rasa dia minum ke? Hahaha shame on u,” tulis elysfabs.

“@fizzy_fgg tu la pasal. Lepas ni buat event kedai mamak tapi invite international artis lepas tu nanti cakap event Malaysia memalukan,” komen @brenforshort_

“Terus ramai ahli syurga mau kecam. Hahahahahha sana oversea la kau ingat macam Malaysia ker?Bukan pergi club pun. Scha pegi sebab kena invite event. Dia bukan pergi sentuh pun arak tu. Korang kalau judge bole tahan erk? Sedih,” tambah @brenforshort_ lagi.



Bagaimanapun sehingga artikel ini ditulis Scha tidak membalas komen negatif yang dilemparkan netizen.

Terdahulu, Bella Hadid telah membuat penampilan pertama di Malaysia selepas dua tahun menjadi duta syarikat jam tangan, Tag Heuer.

Selain Scha majlis makan malam eksklusif bersama Bella yang turut dihadiri Neelofa, Puteri Aishah, Ezzrin Loy, Alicia Amin, Shikin Gomez dan ramai lagi itu diadakan di The St. Regis Kuala Lumpur, semalam.

Foto: Instagram @schaalyahya