Bekas isteri pengacara Ally Iskandar, Farah Lee menegaskan bukan mudah untuk kembali bersama perkahwinan asalnya selepas banyak perkara yang ditempuhi.

Farah berkata ia tidak semudah yang disangka kerana banyak pengorbanan dilaluinya demi anak.

“It's not as simple as 'Berbaiklah demi anak, kesian anak' bila kamu tidak pernah melalui sakit yang sama; the hurt, those tears, struggles and sacrifices made for the sake of your anak,” tulisnya.

Farah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Tegasnya, kepada orang luar yang mungkin tidak faham perlu lebih peka terhadap perasaan orang sepertinya.

“Kamu mungkin tidak akan faham, tetapi sensitiflah kerana ia menyakitkan,” katanya lagi.

Rata-rata pengikutnya turut bersetuju dan bersimpati dengan Farah.

Ally dan Farah bernikah pada 20 Januari 2012 namun berpisah pada 17 Ogos 2016.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel, 4.

. It's not as simple as 'Berbaiklah demi anak, kesian anak' bila kamu tidak pernah melalui sakit yang sama; the hurt, those tears, struggles and sacrifices made for the sake of your anak. . -- Kamu mungkin tidak akan faham, tetapi sensitiflah kerana ia menyakitkan. . Omma & Esabel in Tønsberg, Norway ?? #OEmanis by @ommaesabel . [4years3months] #mareamesabel #ommaream #MAREAMinNORWAY #FLinNORWAY #mareamtravels #ommatravels

A post shared by F. L. (@farahlee_) on