Soll Ahmadd, pendatang baru dalam bidang seni suara akhirnya menunaikan impian bergelar penyanyi kerana aktres cantik Anzalna Nasir.

“Sebelum ini, saya pernah menjadi pembantu peribadi Anzalna dan masih membantu dia sehingga kini.

“Saya beritahu Anzalna yang saya nak jadi penyanyi dan dah ada single pertama, walaupun masa tu saya rasa ragu-ragu nak cakap pada dia.

“Saya terkejut Anzalna teruja nak dengar single saya itu dan dia beri komen positif. Itu buat saya lebih bersemangat,” katanya.

Antara insan yang amat saya sayangi,kasihi dan cintai @anzalnanasir88 . Sesungguhnya beliau sungguh sarat dengan keindahan yang tidak tergambar dek akal fikiran. ✨? ______ Hampir 8 tahun bersama, Anzalna antara individu yang senantiasa percaya pada saya dan senantiasa memberi saya ruang dan peluang untuk saya terus teroka dan belajar didalam bidang hiburan tanah air. Banyak pengalaman yang telah saya belajar yang sememangnya teramat berharga. Mati hidup kembali pun, pengalaman itu tiada galang gantinya.THANK YOU FOR EVERYTHING KAKAK SAYANG . MOGA UKHWAH YANG TELAH TERBINA INI AKAN TERUS MEKAR MEWANGI SEHINGGA KE TAMAN SYURGA ALLAH , INSHAAALLAH AMINNN . SAYANG KAKAK SAMPAI NAFAS SAYA YANG TERAKHIR . CATCH UP SOON PLEASE. ❤️❤️?✨? ______ Semoga kasih sayang ini terus kekal abadi . Love you tremendously Kakak ku sayang @anzalnanasir88 .❤️❤️❤️???✨✨?? ______ #AnzelSoll #WatakKasih ✨?

A post shared by #WATAKKASIH (DEBUT SONG)? (@soll_ahmadd) on

Soll atau nama sebenarnya Ahmad Solehin Mohamed Nor, 26, yang juga seorang guru memberitahu Astro Gempak, mahu mengorak langkah sebagai penyanyi berjaya.

“Rasanya tidak salah jika mempunyai dua kerjaya asalkan tahu membahagikan masa sebaik-baiknya.

“Lagi pula menerusi percubaan pertama inilah peluang saya untuk meneroka dan melihat potensi diri dalam bidang muzik,” katanya.

Mungkin kelebihan buat pendatang baru ini kerana sudah memahami selok-belok dunia hiburan.

Soll pernah menjadi pembantu peribadi kepada pelakon cantik Anzalna (7 tahun) dan Marsha Milan (2 tahun).

“Hampir 10 tahun saya menimba pengalaman menjaga dua artis dan sebab itulah saya berani mengambil risiko untuk menghasilkan single Watak Kasih.

“Kalau kita tak cuba, tak tahu,” katanya yang lebih selesa bergerak di bawah labelnya sendiri, Soul Networks.

Watak Kasih ciptaan komposer Farouk Lokman dan liriknya ditulis Amylea Azizan.

“Alhamdulillah selepas setahun disiapkan, akhirnya lagu ini diperkenalkan kepada semua di luar sana.

“Muzik video Watak Kasih masih dalam proses suntingan dan akan menemui peminat tidak lama lagi,” katanya teruja.


Foto: Instagram @soll_ahmadd