Kapsyen foto terbaru pengacara Datuk AC Mizal menarik perhatian netizen.

Pengacara itu memuat naik foto bersama isterinya, Datin Emylia Rosnaida beserta kapsyen buat tatapan umum.

"Hai isteriku ni hari-hari nak makan bbq korean..

Hai isteriku ni hari2 nak makan bbq korean.. mengidam katanya .... layankan jer la yg penting sayang hihihi ....

A post shared by ✌️OfficiallyDAC DER™️ (@emyliadac) on


"Mengidam katanya..Layankan je la yang penting sayang hihihi," tulisnya.

Rata-rata netizen mula berspekulasi dengan mengatakan Emylia hamil.

"@im_official_syaz: Nak dapat baby baru kot."

"@zzaraika: Mengidam..Ada isi kut datuk..Hehe janji datin gembira layankan je."

"@shiemazety: Wowwww mengidam..Yeayy nak dapat anak buah baru."

AC bersikap terbuka membalas satu komen dengan perkataan 'amin'.

Terkini, AC Mizal tampil sebagai hos Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018) bersama empat juri tetap iaitu Douglas Lim, Tya Arifin, Remy Ishak dan Scha Alyahya.

MLM2018 bersiaran secara langsung dari Royal Teater Shah Alam setiap jumaat, pukul 9 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan 'on demand'.