Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari, 37, berkongsi sebuah video yang telah mengundang teguran daripada netizen di akaun Instagram (IG) miliknya.

Semuanya gara-gara rakaman dirinya ketika menunaikan solat di Masjid Sheikh Zayed, Abu Dhabi.

They did say no camera. They didn’t say no phone. ? #nervousbuatsalahsampaisolatpakaishades

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari) on


"They did say no camera. They didn't say no phone," tulis Awal.

Rata-rata peminat menegur kerana dahi Awal tertutup dengan serban yang dipakainya.

"@hanifhsbrey_97: Dahi kena buka.."

"@ndtlnblh: Dahi tak boleh tutup. Harus buka tak boleh ada penghalang untuk sujud."

"@maryam_saffuan: Solat betul-betul ke? Kalau betul, dahi tak boleh tutup."

"@ctmyct: Yang penting dahi mesti wajib kena lantai."

"@loola_tamarah: Maaflah ya..Just nak bagi tahu solat tak sah jika dahi berlapik dengan pakaian atau songkok atau serban. Terima kasih."

Selain memberi teguran, ada juga segelintir netizen tidak berpuas hati dengan tindakan Awal memuat naik rakaman video tersebut.

"@aifitri_46: Allahuakhbar solat pun perlu menunjuk ke."

"@suejnaz: Artis nowdays."

"@hadi.kot: Amboi riaknya."

"@lukhzz: Perlu ke tunjuk solat dalam insta nih? Dunia akhir zaman.."

"@eljaydiablo: How it feel? To kisah mata-mata followers dari mata yang melihat segalanya?? How it feel to be artis? Everything that we do good we must tell them. How it feel? Tell me."

Awal memilih untuk berdiam diri tanpa memberi respon kepada komen-komen tersebut.

Sekadar info, Awal kini sedang bercuti bersama tiga orang pemenang utama Petronas Mesra Bonanza Round 2 di Dubai.