Penyampai radio ERA dan pelawak Fad Bocey menjelaskan situasi sebenar mengapa Achey turut berada bersama Abam di dalam ruang almari.

Video yang dimuat naik ke akaun Instagram (IG) miliknya itu menunjukkan usaha Achey bersama kawan-kawan untuk membantu Abam yang tersepit.

"Ramai sangat orang tanya macam mana Achey boleh ada dalam almari dengan Abam.

"Tujuan dia masuk sebab nak tolong mangsa keluar..

"Tapi kalau ye pun nak masuk yang digeleknya muka Abam dah kenapa," tulis Fad.

Menerusi video tersebut, kelihatan Achey keluar dari bahagian atas almari.

Sementara di ruangan komen, rata-rata pengikut Fad berpuas hati apabila persoalan terjawab mengenai kewujudan Achey.

"@kaka_momed: Haha akhirnya terbongkar cara Achey masuk ye."

"@amirafarhana: Ni cara Achey masuk dalam tu..Haha puas fikir macam mana Achey boleh ada dalam tu."

"@nurull89: Da tau dah macam mana Achey boleh ada celah tu."

"@laila09_manja: Haha. Thank you @fadbocey akhirnya terjawab juga persoalan yang menjadi tanda tanya macam mana Achey boleh ada kat dalam tu."

"@superladyzai: Akhirnya terjawab kemusykilan dari hari tu macam mana Achey masuk dalam tu."

Sekadar info, Bocey kini muncul dalam Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018 yang bersiaran setiap jumaat pada pukul 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan 'on demand'.