Biarpun masih tidak mendedahkan wajah jejaka berusia 20-an yang berjaya menambat hatinya, penyanyi Elly Mazlein sentiasa berkongsi perkembangan hubungan mereka.

Terbaharu, menerusi sekeping foto jejaka itu yang mesra dengan anak tunggal Elly, Putri Sara Sephia Azmi, Elly mencuri perhatian ramai.

"Aku tenggelam dalam lautan kasih sayangmu, tak mungkin akan kulepaskan ikatan ini.

"Thank you sudi mmbahagiakan jiwa kecil itu, makan pun nak satu pinggan dengan papa #AwanNano," tulisnya.

Aku tenggelam dlm lautan kasih sayangmu, tak mungkin akan kulepaskan ikatan ini ?? . Tq sudi mmbahagiakan jiwa kecil itu . Mkn pun nak 1 pinggan dgn papa #AwanNano . Mama bole mamam dgn tenyum sbab papa layan manja mamam ??? . #BagiMamaChanceLa ???

A post shared by ?ELSefhia ? (@iamellymazlein) on


Melihatkan kemesraan itu, ramai yang mula mendoakan kebahagiaan mereka dan agar segera mendirikan rumah tangga.

Elly sebelum ini mengakui sedang mengenali jejaka berkenaan yang dikenalinya sejak lima bulan lalu.

Keterbukaan Elly untuk menerima jejaka itu kerana memikirkan masa depan anaknya.

Elly pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun bercerai pada 15 Oktober 2015.

Azmi kemudian berkahwin dengan pelakon Faye Kusyairi pada 9 April 2017.