Tindakan suami pelakon Ummi Nazeera, Dr. Mohd. Izzar Anwari mendukung isterinya yang kepenatan mendapat pujian netizen.

Menerusi entri yang dimuat naik Ummi di akaun Instagram (IG)nya, video pendek itu merakamkan Izzar sedang mendukungnya sambil tersenyum.

Ummi menerusi perkongsian di IGnya memberitahu dia berasa kurang selesa kerana sudah lama tidak memakai kasut tinggi sehingga menyebabkan kakinya sakit.

“Dah lama tak pakai heels sejak mengandung… Bila pakai balik rasa mcm nak patah kaki. Jadi @izzar lah jadi mangsanya. hehehe.

“Balik dari tengok Polis Evo 2 (PE2) semalam. Dah lewat so semua pintu dah tutup,” tulisnya.

dah lama tak pakai heels sejak mengandung.. bila pakai balik rasa mcm nak patah kaki. so @izzar lah jadi mangsa nya. hehehe. Balik from tengok polis evo 2 semalam. Dah lewat so Semua pintu dah tutups. Bawal chiffon @nazeera_hq ? : @ik.jpeg

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on

Video sweet itu dirakamkan selepas pasangan ini selesai menonton filem Polis Evo 2 di malam gala PE2 yang berlangsung baru-baru ini.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memuji sikap 'sweet' suaminya selain mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan.

Ummi dan Izzar telah mendirikan rumah tangga pada Julai 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ayra Aneesah, 4 bulan.