Semua orang mahukan kejayaan, tetapi tidak ada kejayaan yang datang menggolek. Hanya melalui usaha keras, kecekalan dan ilmu perniagaan mampu membantu mereka mencapai impian.

Bukan mudah untuk menjadi selebriti dan juga memastikan perniagaan mereka berjalan lancar. Banyak perkara yang perlu dilalui sebelum mereka mencapai tahap yang dikecapi sekarang.
Kami senaraikan tiga selebriti yang bukan sahaja terkenal tetapi juga berjaya dalam perniagaan mereka.


Datuk Sri Siti Nurhaliza




Bermula dengan Siti Nurhaliza Production yang berkaitan dengan dunia hiburan, Siti mengatur langkah membesarkan perniagaan ke bidang kosmetik dengan membuka Simplysiti Sdn Bhd yang mengeluarkan barangan kosmetik jenama beliau sendiri. Pada tahun 2010, beliau dikatakan bernilai lebih RM50 juta. Simplysiti menyambut ulang tahun penubuhannya yang kelapan pada tahun ini. Dato' Sri Siti Nurhaliza turut memperkenalkan jenama pakaiannya sendiri, Creacion by Siti Nurhaliza.


Neelofa




Daripada bekas ratu cantik Dewi Remaja, Neelofa kemudiannya menceburi bidang hiburan dengan menjadi pelakon. Beliau kemudiannya beralih arah kepada bidang pengacaraan. Beliau adalah pengacara yang dianggap paling popular ketika ini. Pada tahun 2014 beliau membuka syarikat NH Prima Sdn Bhd untuk memulakan perniagaan tudungnya, Naelofar Hijab. Kini Naelofar Hijab dijual di 37 buah negara termasuklah Brunei, Indonesia, United Kingdom dan Eropah. Terbaru, Neelofa mengeluarkan beg tangan wanita berjenama Lofarbag.


Wawa Zainal




Bermula sebagai model dan pelakon, Wawa Zainal pernah menerima anugerah The 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2018 atas perniagaan yang dijalankan. Selain daripada menjalankan perniagaan produk kecantikan dan kosmetik, Wawa Zainal sememangnya dikenali ramai dengan perniagaan kanta lekap yang cukup terkenal. Beliau juga mempunyai butik menjual pakaian lelaki dan wanita.

Ramai lagi selebriti terkenal yang berjaya di dalam dunia perniagaan. Tetapi bagaimana mereka mencapai impian mereka? Tentulah melalui idea yang bagus, strategi yang bijak dan usaha yang keras. Anda juga boleh berjaya seperti mereka. Bagaimana?

The BizSmart Challenge kini kembali. Kali ini, ia kembali sebagai rancangan realiti tv berkaitan perniagaan pertama di Malaysia dibawakan oleh institusi kewangan.



Rancangan realiti BizSmart Challenge dibawakan kepada anda oleh Alliance Bank dengan kolaborasi bersama EcoWorld dan kerjasama Astro Awani serta BFM89.89. BizSmart Challenge memaparkan 12 peserta yang mempunyai perniagaan kecil dan sederhana menyahut cabaran perniagaan sebenar.



Tentunya anda boleh mempelajari pelbagai ilmu perniagaan dengan menonton BizSmart Challenge. Jangan lupa temu janji anda dengan BizSmart Challenge di Astro Awani saluran 501, setiap Sabtu, pukul 9:00 malam dan di AXN saluran 701 serta 721 (HD) setiap Jumaat, pukul 8:05 malam. Muklumat lanjut menjelang siri TV ini boleh layari www.bizsmart.com.my.

Nantikan episod akhir yang akan ditayangkan secara langsung pada 9 malam, 8 Disember untuk mengumumkan pemenang BizSmart Challenge 2018.