Isteri kepada pelawak Abam Bocey kini sedang hamil tiga bulan.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 30, berkongsi berita gembira tersebut menerusi mStar Online.

"Saya dah tahu lama tapi kami baru ke klinik untuk buat pemeriksaan.

"Alhamdulillah, rasa macam nak lari laju sambil jerit kuat-kuat. Tak tahu nak cakap macam mana. Terima kasih atas doa semuanya," ujarnya.

Sementara itu, Abam turut berkongsi foto kad pemeriksaan kehamilan milik isterinya serta sebuah entri yang ditulis 'kehadiran yang sangat dinanti' di laman Instagram miliknya.

Hadirlah dengan baik... #pendosa #pendosadunia #misimengecil #gemokisawesome #keciluntukibadah #taksukabolehjalan #jangansibukhalorang #kitabaikramaisayang

A post shared by ABAM™ BOCEY (@abam_bocik) on

Alhamdulillah terima kasih semua.... Syukur ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR!! #pendosa #pendosadunia #misimengecil #gemokisawesome #keciluntukibadah #taksukabolehjalan #jangansibukhalorang #kitabaikramaisayang

A post shared by ABAM™ BOCEY (@abam_bocik) on


Rata-rata pengikut Abam turut sama mengucapkan tahniah kepada pasangan ini serta mendoakan semoga segalanya dipermudahkan.

Abam dan isteri, Siti Norhidayah berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.


Sumber: mStar Online & IG Abam Bocey