Kumpulan Forteen menafikan dakwaan penyanyi Izzue Islam dipulaukan oleh anggota lain sehingga mengambil keputusan untuk menarik diri daripada kumpulan itu.
Ariz yang mewakili ahli kumpulan Forteen yang lain menjelaskan punca sebenar Izzue mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan ini adalah disebabkan salah faham yang berlaku.
“Selama tujuh tahun bersama segala masalah yang dihadapi kami akan berbincang bersama-sama dan akan selesaikan dengan baik.
“Tapi kes ini sedikit berbeza kerana tiada perbincangan yang berlaku diantara kami dengan Izzue sehingga dia mengambil keputusan untuk keluar daripada Forteen.
“Kami agak terkejut dia keluarkan kenyataan dipulaukan oleh anggota yang lain sedangkan kami tidak diberikan ruang untuk bercakap.
“Masalah yang dihadapi oleh kami tidak besar mana, mungkin dia salah faham mengenai pemilihan lagu sebelum kami melakukan persembahan di ‘Gegar Vaganza Party Road to Finale’.
“Dia beranggapan bahawa kami tidak mendengar pendapatnya tentang pemilihan lagu dan belum sempat kami nak kata apa-apa mengenai lagu yang dipilih, dia terus mendiamkan diri dan tiga hari selepas itu dia buat keputusan untuk mengundurkan diri,” katanya kepada Gempak.
BACA: “Dari Awal Tak Layak Bersama, Suara Saya Tak Sehebat Mereka” – Izzue Islam
Ariz berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Forteen di A&J Burger Grill Shah Alam, pada Rabu.
Terdahulu, Izzue telah membuat kejutan di karpet merah akhir Gegar Vaganza sebentar tadi apabila membuat pengumuman menarik diri daripada kumpulan Forteen.
Izzue yang ditemu bual secara langsung di siaran GV Live+ memberitahu punca dia menarik diri kerana sudah tidak ada persefahaman.
Pengumuman Izzue itu menarik perhatian peminat-peminat Forteen dan rata-rata mereka terkejut dengan pengumuman yang dilakukan olehnya.
Izzue sebelum ini pernah menghasilkan lagu solo berjudul Bimbang, Sahabat, Muzik Tiduranku serta turut dikenali sebagai pelakon.
Forteen ditubuhkan pada 2011 dan pernah bernaung bawah KRU Music. Antara lagu popular mereka adalah Berdua Bersatu, Kita, Tidak Pernah Berjumpa dan Dekat Tapi Jauh.
Selepas penguduran Izzue, Forteen kini dianggotai oleh tiga anggota iaitu One, Ameer dan Ariz.
Rozaimi Zubaidi
Wed Nov 21 2018
Lelaki Selamba Bawa 10 Ekor Anaconda Dalam Beg Dari Thailand Ke India
Tanpa rasa takut, seorang lelaki membawa 10 ekor ular jenis Anaconda dalam beg yang dibawa naik ke pesawat sewaktu ‘terbang’ dari Bangkok, Thailand dan selamat mendarat di Bengaluru, India.
Bapa Ditangkap Curi Sekotak Susu Demi Anak Menangis Kelaparan, Kedai Beri 13 Yang Baru!
Demi anak yang kelaparan, seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja termasuk mencuri sekotak susu.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Bestnya!
DROGBA & ROONEY | TELEMOVIE GEMPAK
Kisah Johan dan Zizan yang taksub dengan pasukan pilihan mereka iaitu Manchester United dan Chelsea. Saksikan aksi lucu Johan dan Zizan dibantu Ozlynn Wati dalam Drogba & Rooney.
Danial tau pasal nasi impit terhimpit | YES TUAN EP 3
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
"Dia Terlalu Baik Untuk Saya" - Farisha Iris Tak Jadi Kahwin Hujung Tahun Ini
Impian tamatkan zaman bujang tak kesampaian.
Rusdi Ramli Jawab Spekulasi Rumah Tangga Goyah: “Bercerai? Siapa Cakap?”
Aktor dan pengarah Rusdi Ramli akhirnya membuka mulut tentang spekulasi rumah tangga yang dibina bersama komposer Sharon Paul yang dikhabarkan berada di hujung tanduk.
Punca Ria Ricis Berkeras Mahu Cerai Terjawab, Suami Suka Lebihkan Sahabat
Polemik rumah tangga pasangan selebriti Ria Ricis dan Teuku Ryan masih belum dapat diselesaikan dan sedang berjalan di mahkamah.
Uqasha Senrose Selamat Bersalin, Beri Nama Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Terlalu Banyak Episod, Netizen Gigih Lukis Peta Minda Kronologi Kes Aliff Aziz Untuk Kefahaman Semua!
Kontroversi yang melibatkan Sarah Yasmine, Aliff Aziz, Bella Astillah dan Ruhainies mendapat perhatian ramai seteleh Sarah tampil membuat pendedahan bertubi-tubi baru-baru ini.