Penyanyi Faizal Tahir telah berjaya meraih 10 juta tontonan untuk single terbarunya, Ragaman di laman YouTube.

Melalui laman Instagram (IG) miliknya, Faizal mengucapkan terima kasih kepada penonton yang telah menonton muzik videonya.

"Tiada kata yang mampu bapak ucapkan selain biar betik? Juga alhamdulillah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua," tulisnya.

Tiada kata yang mampu Bapak ucapkan selain biar betik?? Juga alhamdulillah dan terima kaseh yang tidak terhingga kepada semua. Semoga kita semua terus bersabar dengan #ragaman pasangan masing2 dan terus saling menyayangi sampai ke akhir hayat. Nah.. sila teruskan berjoget secara halal. Alhamdulillah. Terima kasih daun keladi. Bapak sayang kamu semua. Yang ikhlas, Bapak.

A post shared by Faizal Tahir (@faizal_tahir) on


Faizal turut berpesan supaya bersabar dengan kerenah pasangan serta terus menyayangi hingga akhir hayat.

"Semoga kita semua terus bersabar dengan #ragaman pasangan masing-masing dan terus saling menyayangi sampai ke akhir hayat.

"Nah..sila teruskan berjoget secara halal. Alhamdulillah.

"Terima kasih daun keladi. Bapak sayang kamu semua," luah Faizal.

Video muzik rasmi arahan Azhar Ismail ini turut menampilkan pelakon wanita popular, Nabila Huda Suhaimi yang pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-28.

Ragaman merupakan single terbitan Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar. Ragaman boleh didapati di semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music.