Qobin atau nama sebenarnya Muhamad Muqharabbin Mokhtarudin adalah seorang anak Malaysia yang telah berjaya mengharumkan nama negara dengan kejayaannya menamatkan Penjelahan Grand Slam.

Jelajah Grand Slam merupakan pendakian ke tujuh puncak tertinggi di tujuh benua termasuk Gunung Everest dari tahun 2004 hingga 2014.

Selain itu, Qobin juga telah mencipta rekod apabila dia berski di Kutub Utara dan Kutub Selatan sejauh 111 kilometer pada tahun 2017.

Qobin bukan hanya berjaya untuk dirinya semata-mata malah turut melahirkan 22 ikon sukan lasak ke peringkat antarabangsa.

Dalam perkembangan terbaru, Qobin bakal mewakili Malaysia ke Ekspedisi Polar Fjallraven 2019 iatu luncur salji sejauh 300 kilometer.

Pertandingan ini memerlukan pemilihan berdasarkarkan undian. Jika terpilih, Qobin akan bersaing bersama peserta dari lapan negara Asia/Oceanic yang lain.

Sekurang-kurangnya, 30 undian diperlukan untuk melayakkan dirinya ke pertandingan itu.

Mari ramai-ramai berikan sokongan kepada Qobin untuk sekali lagi mengharumkan nama Malaysia, undian boleh dibuat menerusi https://polar.fjallraven.com/contestant/?id=4987