Penyanyi yang popular dengan lagu Tuhan Jaga Dia Untukku, Fiena memohon orang ramai mendoakan kesihatan ayahnya yang dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fiena berkongsi gambar ayahnya yang kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.

"Tolong doakan kesembuhan untuk papa fiena," tulisnya ringkas.

Tolong doakan kesembuhan untuk papa fiena ?????tq

A post shared by Tuhan Jaga Dia Untukku???Fiena (@officialfina_) on


Menerusi ruangan komen rata-rata berharap agar dia tabah dengan dugaan ini dan mereka mendoakan kesihatan ayahnya kembali sembuh selepas mendapatkan rawatan di hospital.

"@mamariam_ibuhamil_official: Amminn. Semoga uncle cepat sembuh seperti sediakala. Insyaallah @officialfina_."

"@azi_maa: Semoga dipermudahkan urusan dan diberi kesembuhan pada papa Fiena."

"@msyaa: Moga Allah memberikan kesihatan yang baik untuk papa Fiena, Insyaallah, saya doakan papa Fiena cepat sembuh, Aminnn."

"@hazimi2712: Semoga papa Fiena cepat sembuh dan sihat seperti sediakala."