Pelakon Zahiril Adzim akui doa daripada keluarga, sahabat dan peminat yang membantu mengekalkan kebahagiaan dirinya bersama isteri sehingga kini.

Perkara itu diluahkan oleh Zahiril menerusi akaun Instagram (IG) miliknya semalam.

Ucapan itu ditujukan khas buat isterinya, Shera Aiyob sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketujuh.

"Aku masih tersenyum setiap kali terkenang wajah kita saat kita percaya takdir yang kita akan bersama.

"Dan hari ini kita hidup atas doa-doa keluarga, sahabat dan peminat. Terima kasih semuanya.

Aku masih tersenyum setiap kali terkenang wajah kita saat kita percaya takdir yang kita akan bersama. . Dan hari ini kita hidup atas doa - doa keluarga, sahabat dan peminat. Terima kasih semuanya. . Happy Anniversary sayang @sheraaiyob. 7 years and still rock n roll! . #20112011 #TwentyEleven

A post shared by Zahiril Adzim (@zahiriladzim) on


"Happy anniversary sayang @sheraaiyob. 7 years and still rock and roll," tulisnya.

Shera juga memuat naik foto bersama beserta ucapan ulang tahun perkahwinan.

"201118. Terima kasih kerana sudi mengharung segalanya bersama.

201118 . Terima kasih kerana sudi mengharung segalanya bersama. . Happy Anniversary Sayang @zahiriladzim! I love you so much ❤️ . Yeah Baby! 7 years and still rock and roll! . #20112011

A post shared by Shera Aiyob (@sheraaiyob) on


"Happy anniversary sayang @zahiriladzim! I love you so much.

"Yeah baby! 7 years and still rock and roll," tulis Shera.

Ruangan komen Zahiril dihujani dengan ucapan peminat yang mendokan kebahagiaan keluarganya.

Zahiril dan Shera telah berkahwin pada 20 November 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nadi Anaqi.