Datuk kepada pelakon dan pengacara Neelofa, Noor Mohamed, 83 tahun telah menghembuskan nafas terakhir pada lebih kurang jam 11.20 malam semalam di sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.

Menerusi perkongsian Neelofa di ruangan Instagram Stories miliknya, pengacara program MeleTOP itu berkongsi berita sedih terbabit.



Berita terbabit turut disahkan oleh pengurus kepada Neelofa, Shawn Amer menerusi kiriman kenyataan media menerusi aplikasi WhatsApp.

Allahyarham yang mesra disapa dengan panggilan Abah akan dibawa pulang ke kampung halaman di Pasir Mas, Kelantan dan dijangka dikebumikan pada pagi ini.

Salam takziah diucapkan kepada Neelofa dan keluarga atas kehilangan Allahyarham.

Gempak mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.