Penyanyi Zamani Slam akui kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang wanita.

Pemenang tempat ketiga Gegar Vaganza musim kelima (GV5) itu berkata sudah mengenali wanita berkenaan sejak lima tahun lalu, namun belum bersedia untuk menwar-warkannya.

“Kami sudah saling mengenali lebih lima tahun dan saya senang bersamanya kerana dia seorang yang memahami diri saya.

“Malah dari pihak keluarganya juga senang dengan saya dan boleh menerima saya, cuma saya sahaja belum bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya.

“Bukan hendak berahsia tapi saya belum bersedia untuk menwar-warkannya kerana kalau tak jadi, malu pula.

“Kalau boleh saya memang nak kahwin, usia saya pun dah lewat tetapi banyak persiapan perlu dibuat terutama sejauh mana diri sendiri bersedia memikul tanggungjawab baru atau tidak.

“Kalau boleh, apabila berkahwin nak kekal hingga akhir hayat dan bukannya bersifat sementara,” katanya kepada Gempak.

Di pentas akhir itu, Zamani meraih tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 serta trofi GV5.