"Saya Okey Untuk Menyanyi Dengan Ajai Andai ..." - Nourul Depp

Hiburan

Penyanyi Nourul Depp mengakui tiada masalah untuk berkongsi pentas dan membuat persembahan dengan bekas suaminya, Ajai.

Menjawab pertanyaan yang diajukan oleh peminat menerusi kiriman mesej di Instagram, Nourul menambah suaminya, Eric Depp mengizinkannya untuk membuat persembahan bersama atas dasar profesionalisme.

"Oh semalam rupanya final #gegarvaganza. Maaflah tak tengok. Ada Mr. Ajai ya. Tak tahu pulak. Sure he did well. Sampai ada yang hantar message macam ni.

"Dear my dear fans, i have no problem at all to perform with the one and only like him - mr ajai.

"Even my husband has given me his blessing long time ago based on profesionalism and the duet was in one of our chapters in life.

"I am okay to sing or to do a special show with Mr Ajai andai semuanya baik baik belaka.

"Yang baik itu semuanya dari Allah. Mudah mudahan ada rezeki kalian untuk melihat semula kami menyanyi duet. Amin," tulisnya di Instagram.
 

Menerusi kiriman mesej terbabit, peminatnya meluahkan rasa ingin untuk kembali melihat Nourul dan Ajai membuat persembahan bersama-sama.

Malah, ada yang mahukan mereka membuat kemunculan semula selepas ini.

Nourul dan Ajai pernah mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 1996 namun berpisah pada 28 Februari 2007.

Menerusi perkahwinan itu, Nourul dan Ajai dikurniakan seorang cahaya mata, Ayu Nazirah.

Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas mendirikan rumah tangga bersama Norliza Ilias pada 15 Ogos 2009.

Manakala, Nourul berkahwin dengan Eric Depp pada 6 Jun 2012.

Artikel Berkaitan