Bintang Gegar Vaganza 5 (GV5), Amelina tidak menyangka akan berlaku kesilapan lupa lirik ketika pusingan battle konsert final malam tadi.

Kata Amelina, dia hilang fokus secara tiba-tiba ketika sampai ke bahagian kedua rap lagu itu.

"Lagu rap ini memang selalu sangat dengar, tetapi itulah silapnya.

"Kalau dahulu pun, lagu-lagu Nico dan FU2C pun pernah layan cuma tak pernah menyanyi.

"Tidak tahulah dah kenapa tiba-tiba malam tadi blur, hilang semua lirik dalam kepala. Depan-depan lagu tu dah cantik dah, ketika rehearsal petang pun tiada masalah.

"Apabila sudah jadi, saya tahu kedudukan saya di mana," katanya kepada Gempak.

Amelina bagaimanapun menafikan krisis dengan pereka fesyen menjadi punca masalah nyanyiannya.

"Saya selalu hilang fokus, bukan sebab isu lain pun.

"Tetapi saya tidak rasa terlupa lirik menyebabkan saya berada di kedudukan keempat. Cuma, mungkin ada sedikit sebanyak kesannya," tambahnya.

Konsert akhir GV5 menyaksikan Amelina melantunkan lagu Teman Pengganti (Black & Malique) pada pusingan battle bersama Mya Ruslee.

Sebelum itu, pada segmen duet bersama Bob Yusof, Amelina memberikan persembahan cemerlang menerusi lagu The Power of Love (Celine Dion).

Sepanjang lapan minggu konsert GV5, Amelina pernah tiga kali menduduki tangga teratas, bersaing rapat dengan Noryn Aziz yang telah diangkat sebagai juara musim kelima rancangan hiburan popular ini.

Justeru, ramai yang meletakkan jangkaan Amelina menjadi pencabar dekat Noryn untuk menyandang gelaran juara GV5.

GV5 telah bersiaran selama lapan minggu secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.