Menerusi entri di Instagram (IG), Nora menasihati pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga supaya memperbetulkan niat sebelum berkahwin.
"Reminder buat pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.
"Berkahwin adalah ibadah dan menikah bukan untuk menguasai suami tetapi menikah adalah untuk memperbaiki dan mendekatkan diri dengan Allah.
"Dan mempunyai anak-anak untuk berbakti kepada kita," tulisnya.
Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Nora dan mereka juga mengingatkan bahawa perkawhinan juga merupakan satu ibadah yang harus dijaga.