Dalam caption nya, Wawa menulis “Attar nak jadi hair stylist. Tiga tahun nak simpan panjang macam tu”

Rupa-rupanya Attar sudah memotong rambut adiknya, Kayla, yang sudah disimpan panjang selama tiga tahun.

Mungkin juga atas permintaan Aeril sendiri yang mahu puterinya menyimpan rambut panjang membuatkan Wawa bimbang Aeril mungkin ‘mengamuk’ lalu dia menulis “habislah gempa bumi kalau Aeril nampak ni!”

attar nak jadi hair stylist ???? 3tahun simpan nak jadi panjang mcm tu??

A post shared by Wawa Zainal ™️ (@w4w4_zainal) on


Kerana ramai yang bertanya kesudahan ceritanya, Wawa tampil memberikan penjelasan di ruangan komen.

“Okay, sebab ramai yang tanya kesudahan kes ni, selepas Aeril dapat tau dan balik rumah, Attar terus peluk Aeril and say sorry banyak kali. So Ayah dia tak jadi nak marah.”