Pelakon, penyanyi dan pengacara Janna Nick telah dimasukkan ke Hospital selepas mengalami masalah kesihatan.

Menerusi entri di Instagram (IG), Janna berkongsi gambar ketika sedang berada di sebuah hospital dan menerima rawatan susulan akibat masalah kesihatan yang dialaminya itu.

"I'm Good," tulisnya ringkas berserta gambar ketika berada di hospital.

im good??

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on


Rata-rata peminat serta rakan artis terkejut dan risau dengan keadaannya meninggalkan komen yang mendoakan supaya Janna kembali pulih selepas menerima rawatan.




Namun, Janna tidak mendedahkan punca sebenar dia dimasukkan ke hospital.

Kami di Gempak mendoakan agar Janna kembali sihat seperti biasa selepas menerima rawatan di hospital.