Scha Alyahya & Sharifah Sakinah Memang Bergaduh, Tapi Hanya Dalam....

Hiburan
Scha Alyahya & Sharifah Sakinah Memang Bergaduh, Tapi Hanya Dalam....
Sebelum ini, Gempak pernah berkongsi mengenai sebuah video yang memaparkan dua orang pelakon, Scha Alyahya dan Sharifah Sakinah yang didakwa bergaduh.

Video itu turut menampakkan kelibat aktor Ben Amir dan aktres Sweet Qismina yang cuba menenangkan Scha dan Sakinah.

BACA: "Tak Ada Duit Nak Datang Fashion Show Orang Buat Macam Ni!" - Scha Alyahya Bergaduh Dengan Sharifah Sakinah?

Sebenarnya, mereka tak bergaduh pun! Video 'pergaduhan' tersebut merupakan sedutan web series terbaru Gempak yang berjudul DUA.

Menerusi web series terbabit, watak yang dijayakan oleh Scha berseteru dengan watak yang dijayakan oleh Sakinah.



DUA menceritakan tentang seorang gadis bernama Luna (Sweet Qismina) yang sangat mementingkan kesempurnaan dalam setiap kerja yang dilakukannya.

Dia mempunyai impian untuk melancarkan jenama pakaiannya tersendiri iaitu DUA dengan sokongan daripada kakaknya iaitu Amelia (Sharifah Sakinah) dan pereka web yang baru diambil bekerja iaitu Daniel (Ben Amir).

Apa yang Luna tidak tahu tentang Daniel ialah dia merupakan adik kepada Daniella (Scha Alyahya), musuh ketat mereka yang selama ini cuba untuk menjatuhkan DUA Fashion House.

Apakah yang akan terjadi kepada Luna dan Amelia? Adakah Daniella akan menggunakan Daniel untuk menjatuhkan mereka? Sama sama kita saksikan!


Diaromakan oleh OLDTOWN White Coffee, anything is pauseable with OLDTOWN White Coffee!

Jangan lupa saksikan drama bersiri DUA secara eksklusif bermula 14 November.

Tonton episod pertama DUA dan episod-episod baru pada setiap Rabu di laman web www.duatheseries.com.my!

Artikel Berkaitan