Aktres jelita, Fasha Sandha selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, pelakon Aidil Aziz.

Fasha dan Aidil mengikat janji di sebuah majlis tertutup yang diadakan di Ampang, selepas waktu Asar semalam dan dihadiri oleh keluarga bersama teman rapat.

BACA: Fasha Sandha, Aidil Aziz Selamat Bertunang

Menerusi pemerhatian di akaun laman sosial Instagram Fasha dan Aidil, pasangan ini dihujani ucapan tahniah daripada peminat.

Bekas suami Fasha, Rizal Ashram Ramli atau Jejai juga mendedikasikan sebuah entri khas di laman Instagram miliknya untuk pasangan ini.



Dalam pada itu, netizen turut memuji sikap Jejai yang menjaga hubungan baik dengan bekas isterinya biar pun Fasha kini bahagia bersama insan pilihan hatinya.



Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Jejai pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia 5 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 4.

Congratulations to the both of you that just got engaged today. May this new chapter brings you all the joy and happiness and ultimately ke jinjang pelamin InsyaAllah. Jangan tunggu lama lama. @fashasandha @itsaidilaziz

A post shared by Rizal Ramli (@rizalashramrnt) on