Maaf, sudah 'sold out'! Tiket-tiket 'early bird' Dewa 19 Reunion Live in Malaysia yang dijadual berlangsung pada 2 Februari 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam sudah pun habis terjual!

Ia adalah berita gembira dan berita sedih buat Baladewa apabila tiket-tiket early bird dengan potongan 10% telah sold out sebaik ia mula dijual sejak 7 sehingga 11 November lalu.

Berita gembira untuk pembeli tiket 'early bird' yang sudah tidak perlu bimbang mereka gagal memperoleh tiket konsert sulung gabungan semula formasi lengkap Dewa 19 menerusi Konsert Dewa 19 Reunion Live In Malaysia kelak.

Berita sedihnya pula adalah untuk peminat yang tidak membeli tiket 'early bird' perlu berebut membeli tiket bagi memastikan tidak terlepas menyaksikan momen bersejarah ahli kumpulan Dewa 19 iaitu Ahmad Dhani, Ari Lasso, Once, Andra, Yuke dan Agung serta Tyo.

“Melihat keseluruhan tiket 'early bird' terjual dengan begitu laris dan habis dalam tempoh lima hari adalah satu perkembangan yang cukup positif dan memberangsangkan daripada Baladewa.

“Pihak kami yakin konsert ini akan mendapat sambutan luar biasa kelak,” ujar Nik Iruwan selaku wakil penganjur dari Nizra Production.

Bagaimanapun, tiket-tiket untuk menyaksikan Dewa 19 Reunion Live in Malaysia masih boleh dibeli menerusi laman web www.ticketcharge.com.my bermula yang bermula dari RM238 sehingga RM888.

Lawati juga laman sosial rasmi konsert ini atau boleh hubungi Info Hotline di talian 0172792118 untuk keterangan lanjut.