Keakraban hubungan juri tetap Gegar Vaganza 5 (GV5), Datuk Ramli MS bersama hos program berkenaan, Nabil Ahmad dan Jihan Muse memang tidak dapat dinafikan.

Gelagat mereka yang gemar mengusik dan mengenakan antara satu sama lain membuatkan penonton terhibur.

@syafieq_ayman .fik lain kali borong kain yg nk beli.designer lain pun beli tempat yg sama.sib baik sya pakai dulu.nabil nganjing n sangup suh amik gambor.???.mekaseh gak @azrul_rafie gambor.fixel cun.//move on..xyah nk ngate2.kita duk senegara.angap la yg masuk sini semua jiran kita..kena delete page nuraka tu..☺☺????

A post shared by ramli mohamed salleh (@tokram_ramlims) on

Terbaru, Jihan telah meninggalkan komen mencuit hati menerusi foto busana yang dipakai oleh Datuk Ramli atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram untuk konsert separuh akhir GV5 minggu lalu.

“Suit macam wallpaper rumah Nabil,” komennya ringkas.



Bagaimanapun komen tersebut kemudiannya dibalas Tok Ram dengan jawapan paling win.

“Wah pergi terjun bangunan la kau Jihan. Heret sekali telinga gajah tu,” komennya yang turut disertakan dengan emoji ketawa.



Ternyata komen itu mendapat perhatian pengikutnya dan rata-ratanya terhibur dengan Jihan dan Nabil yang disifatkan sebagai anak manja Tok Ram.





Saksikan konsert akhir GV5 yang akan bersiaran hari ini dan ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut.

Foto: Instagram @tokram_ramlims