Bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab.

Kata Abby, dia berasa terharu kerana suaminya turut menjaga kedua-dua ibu bapanya yang kurang sihat selain tidak berkira dalam hal-hal yang berkaitan dengan mereka.

Abby berkongsi perasaannya menerusi satu posting di akaun Instgramnya pada Jumaat.

“Ayah. Jumaat yang berkah. Syukur ALLAH pilih dapat bantu suami @jaiezzany hari ni mandi ayah saya. Ayah saya tapi suami yang tiap-tiap hari mandikan, saya sheshekali jew.

“Sebab apa mcm tu, sebab suami pagi-pagi kalau nak cepat, dia naik motor hantar baby besar pergi sekolah, lepas pada hantar baby besar gi sekolah terus gi umah mak ayah kita hantar sarapan dan mandikan ayah.

“Bila naik kereta, baru semua ikut. Selalu kalau ada kerja, suami kata tak payah ikutlah sebab dia nk kejar masa (gi pasang cctv dsb).

“Bila sesekali je dapat mandikan ayah, rasa saya ni huhu... Syukur suami baik budi. Tak berkira pun bab-bab macam ni.

“Harap suami-suami sahabat saya di sini pun rajin juga bantu isteri-isterinya jaga mak ayah kalau dah tak berdaya ye.

“Ps: Semoga tempat tertinggi milikmu di syurga nanti suamiku ye. Pastu dapat masuk syurga sebutlah namaku sama hihi. Esok shopping ye suami haha,” tulisnya.

Ayah ? . Jumaat yg berkah, SyukUr ALLAH pilih dpt bantu suami @jaiezzany hari ni mandi Ayah Sy. Ayah Sy tp suami yg tiap2 hari mandikan, Sy sheshekali jew ? . Sebab apa mcm tu, sebab suami pagi2 kalau nak cepat, dia naik motor hantar Baby besar pergi sekolah, lepas pada hantar Baby besar gi sekolah terus gi umah Mak Ayah kita hantar sarapan + mandikan Ayah. Bila naik kereta, baru semua ikut. Selalu kalau ada kerja, Suami kata takyah ikutlah sbb dia nk kejar masa (gi pasang cctv dsb) . Bila sesekali je dpt mandikan Ayah, rasa Sy ni huhu... Syukur suami baik budi. Tak berkira pun bab2 mcm ni. Harap suami2 Sahabat Sy disini pun rajin juga bantu isteri2nya jaga Mak Ayah kalau dah tak berdaya ye ? . Ps: Semoga tempat tertinggi milikmu di syurga nanti suamiku ye. Pastu dpt masuk syurga sebutlah namaku sama hihi.. ? esok shopping ye suami haha ??

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji keperibadian akhlak suaminya dan mendoakan pasangan ini bahagia hingga akhir hayat.

Terdahulu, Abby dan Muhammad Faizal Zakaria selamat bergelar suami isteri pada 14 Ogos 2015.

Sebelum ini dia pernah berkahwin dengan aktor Norman Hakim pada tahun 2002 dan dikurniakan tiga cahaya mata sebelum bercerai pada tahun 2008.

Abby kemudiannya menyulam cinta dengan Mohd Noor Farhan Che Bakar, dan berkahwin pada Julai 2013 sebelum bercerai pada Jun 2014.

Foto: Instagram @abby_abadi112 / @jaiezzany