“Digelar Sebagai G-Dragon Versi Wanita? Itu Satu Pujian” – Jennie BLACKPINK

Hiburan
“Digelar Sebagai G-Dragon Versi Wanita? Itu Satu Pujian” – Jennie BLACKPINK
Anggota kumpulan K-Pop terkenal BLACKPINK, Jennie menyifatkan gelaran G-Dragon versi wanita sebagai satu penghormatan buat dirinya.

Tampil dalam satu temubual untuk sebuah program, Jennie berkata dia berasa terharu kerana disamakan dengan jejaka berbakat besar itu.


“Ini merupakan pujian terbaik untuk saya. Daripada saya menafikan perkara itu, saya rasa berterima kasih kerana dianggap sebagai G-Dragon versi wanita dan saya ingin kekalkan gelaran itu,” ujarnya.

Terdahulu, penampilan dan gaya Jennie sering mengingatkan peminat kepada G-Dragon.

Mana tidaknya, raut wajah dan juga cita rasa fesyen Jennie juga hampir menyerupai ketua kumpulan BIGBANG itu.

Dalam perkembangan lain, Jennie yang merupakan anggota BLACKPINK pertama debut secara solo kini sedang sibuk mempromosikan lagu terbarunya berjudul SOLO.

Sumber: Allkpop
 

Artikel Berkaitan