Penyanyi dan bekas bintang Gegar Vaganza 2 (GV2), Farahdhiya akui rimas apabila kerap diajukan soalan mengenai perkahwinan.

Menurut Fara, soal jodoh atau perkahwinan tidak harus dipersoalkan kerana perkara itu adalah ketentuan tuhan.



“People really should stop asking questions like bila nak kahwin? Tak nak anak lagi ke? Jodoh, rezeki dan kematian hanya Allah yang tahu.

“Kalau dah sampai masanya kahwinlah saya, jodoh ni tak payah tunggu setahun atau lima tahun, kalau besok terjumpa yang elok tiga bulan lagi pun boleh kahwin.

“Daripada busybody tanya bila nak kahwin baiklah doakan supaya jodoh saya cepat. Berdoa itu lebih baik. Siapa lagi yang rimas bila orang tanya bila nak kahwin?” tulisnya menerusi satu entri di akaun Instagramnya.



Malah menerusi ruangan komen juga, Fara meluahkan rasa kecewa dengan sikap individu yang tidak memahami perasaan orang lain.

“Kadang-kadang manusia ni tak berhati perut betul. Serious tak faham manusia yang tak sensitive langsung dengan perasaan orang lain,” tulisnya.



Foto: Instagram @faradhiya_fd