Peminat tersentuh melihat usaha penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh melindungi ibu mertuanya ketika melakukan solat di hadapan Kaabah.

Menerusi satu video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya itu jelas merakamkan aksi Marsha sedang mendepakan tangan menghalang jemaah lain daripada melanggar ibunya.

Video tersebut mendapat perhatian peminat lebih-lebih apabila melihat Marsha sendiri dilanggar oleh beberapa jemaah yang ingin melalui kawasan tersebut.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat menyatakan rasa sebak melihat aksi Marsha yang melindungi ibunya dengan bersungguh-sungguh.

Perasan tak stocking Marsha sebelah lain sebelah lain.. agak agak sebab apa? Sebab Marsha baru keluar dari kucup Hajarul Aswad sampai tercabut stocking lagi sebelah tp Alhamdulillah diberi peluang kucup Hajarul Aswad dan solat di Hijir Ismail. Syukur Ya Allah ❤️ #Repost @misztqah ・・・ Alhamdulillah syukur seronok tengok Marsha jaga mama dia solat depan pintu Kaabah. @marshamilan #makkah

A post shared by Madrid Milan London (@marshamilan) on

Dalam pada itu, menerusi posting yang sama Marsha juga menyatakan rasa syukur kerana berpeluang mencium batu Hajarul Aswad.

“Perasan tak stocking Marsha sebelah lain sebelah lain. Agak- agak sebab apa?

“Sebab Marsha baru keluar dari kucup Hajarul Aswad sampai tercabut stocking lagi sebelah.

“Tapi Alhamdulillah diberi peluang kucup Hajarul Aswad dan solat di Hijir Ismail. Syukur Ya Allah,” tulisnya.

Ini merupakan kali kedua Marsha menunaikan ibadah Umrah bersama suami.

Terdahulu, Marsha dan Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail diijabkabulkan pada 31 Disember 2015.

Foto: Instagram @marshamilan