Pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni telah memuat naik video menyanyi acapella bersama kumpulan Bahiyya Haneesa.

Haziq berkongsi video tersebut di laman Instagram miliknya.

Cuba cari ahli terbaru @bahiyyahaneesa yg paling lawa kat situ ? #Acapella #Toxic

A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm) on


"Cuba cari ahli terbaru @bahiyyahaneesa yang paling lawa kat situ," tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Menerusi pemerhatian Gempak di laman komen, rata-rata netizen tidak perasan dengan kewujudan Haziq di situ.

"@jay_johor: Last last baru nampak @haziqhotfm dekat belakang rupanya hahaha."

"@loralora56: Tak perasan pulak ada yang paling lawa kat situ."

"@nisaaznan: Wakaka! Sekali pandang macam blend je semua."

"@zulaikhaszz: Hahahaha dah baca caption baru perasan."

"@shuhadahzainol: Eh tak perasan pun awak kat situ..Haha."

Malah, ramai pengikut berasa terhibur dengan penampilan Haziq yang bertudung sama seperti ahli kumpulan itu.

"@miera_azizz: Cantik bakhang @haziq_hotfm."

"@emiliana.h: Ahli baru tu lawa luar biasa."

"@nuramiyra: Lawa sangat aih tudung belang tu."

"@qwanauni2009_: Hahaha hot."