Bintang popular Bollywood, Deepika Padukone dan Ranveer Singh akhirnya berkongsi gambar perkahwinan mereka kepada umum.

Menerusi entri di Instagram (IG), Deepika Padukone dan Ranveer Singh, masing-masing mendapat pujian daripada peminat selepas berkongsi gambar bahagia mereka bersama.

Ternyata gambar perkahwinan mereka amat dinantikan oleh orang ramai selepas tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan mereka dilarang mengambil sebarang foto ketika majlis berlangsung.

❤️

A post shared by Deepika Padukone (@deepikapadukone) on


Deepika Padukone mengenakan gaun pernikahan hasil rekaan Sabyasachi Mukherjee dengan mengetengahkan warna merah tua dengan sulam benang emas.

Gaun yang digayakan oleh Deepika terlihat sangat mewah dan dilengkapi dengan perhiasan yang cantik pada tubuhnya.

Deepika Padukone dan Ranveer Singh selamat mendirikan rumah tangga pada 14 November lalu pada sebuah majlis yang berlangsung secara sederhana di Lake Como, Italy.

Majlis pernikahan mereka dilaporkan berlangsung selama empat jam dan dihadiri oleh 40 orang tetamu yang diterdiri daripada saudara serta rakan terdekat mereka.