Dato' Fazley Yaakob memuat naik satu status Twitter beliau ke Instagram berkenaan dengan seorang makcik yang menegur beliau supaya menukar imej dan tidak meniru gaya Masterchef yang juga merupakan beliau (Dato' Fazley) sendiri.

Ingat dah habis dah kisah makcik bawang ni, tengah sibuk promo lagu baru ada lagiiiii orang yang konfius! Malam ni lirik video #woaidenidfy saya keluar tau? Tengok and nyanyi sama2 ok? . #dfyxmakciks ???

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on


Memang kelakar perbualan Dato' Fazley dengan makcik tersebut. Tetapi nak salahkan makcik itu seratus peratus pun tak boleh juga. Maklumlah, sebelum ini di kaca TV mahupun di media sosial, Dato' Fazley lebih mempromosikan dirinya sebagai seorang chef.

“Dannn takkk seharusnyaaa akuuuu” ... Dapat menjadi penyanyi undangan untuk rakaman @muzikmuzik_33 di @tv3malaysia, dapat jumpa @sherry_alhadad @haziq_hotfm. Pada episod yang sama juga ada @sufiansuhaimi_ & my brother @syamsulyusoffilm. Woohoo, dapat nyanyi lagu baru saya “Wo Ai De Ni”. Terima kasih Muzik Muzik! Dah dengar ke belum? . Official lyric video drops TOMORROW 8:00pm Friday 16 November on my YouTube channel. Click subscribe, set reminder on latest video to watch the premiere tomorrow! #woaidenidfy . ?: @adli.rashid @faizalsaharuni @firwanjohan // @ss_creatives

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on


Mungkin Dato' Fazley boleh memikirkan cara untuk membezakan imej sebagai seorang chef dan sebagai seorang penyanyi. Tak salah mempelbagaikan imej supaya nampak lebih hebat! Tak gitu, Dato'?

Malam ini (Jumaat), klip video lirik rasmi untuk lagu terbaru Dato' Fazley, 'Wo Ai De Ni' dilancarkan di YouTube channel beliau pada pukul 8:00 malam.

Kredit: Instagram @fazleyyaakob