Juara Gema Gegar Vaganza musim kedua, Fitri Haris terlibat dalam kemalangan.

Berita sedih itu dikongsi oleh Fitri menerusi kemas kini terbaru laman Instagram miliknya.

"Accident dalam perjalanan show ke UUM, Sintok. Alhamdulillah, saya dan puteri Sofea tidak apa-apa. Dilanggar dari belakang, kuat dentuman.

"Apa-apa pun syukur sebab semua yang terlibat tak ada apa-apa. Jalan licin, bawa terlalu laju dan mengekori rapat menjadi punca utama kejadian ini.

"Tidak mengapalah, moga jadi iktibar buat saya dan yang melanggar. Allah maha mengetahui, syukur dengan setiap ujian," tulisnya.

Fitri juga meletakkan tanda pagar #Ketebaru2haribeli #pasrah #babyjat #babymez #ujian.



Pengikut laman Instagram Fitri turut bersimpati dengan musibah yang melanda penyanyi itu.

Netizen juga mengingatkan agar semua orang berhati-hati di jalan raya ketika musim hujan yang sedang berlangsung.

Dalam perkembangan lain, Fitri bakal mengadakan Konsert 2 Dunia bersama Lan Solo.

Konsert ini akan diadakan pada 14 Disember ini bertempat di Universiti Sains Malaysia (USM) dan bakal menggabungkan genre rock serta ketuhanan atas satu pentas.

Berita baik untuk anda yang ingin menyaksikan konsert ini, harga tiket dijual bermula harga RM 20 sehingga RM 150 sahaja.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 018-9553228 atau 012-4056349.