Sempena meraikan ulang tahun ke empat, CUCKOO tampil dengan Konsert Gegaran CUCKOO yang sangat meriah apabila menampilkan lima bintang Gegar Vaganza musim kelima (GV5) pada Selasa.

Lima bintang atau peserta GV5 yang memeriahkan Konsert Gegaran CUCKOO di Wisma MBSA Shah Alam itu adalah:

Noryn Aziz



Hetty Sarlene



Maya



Forteen



Zamani



Bintang GV5 itu juga merupakan finalis yang bertuah kerana terpilih dalam pencarian CUCKOO Friend 2019.

Bintang-bintang yang pernah memenangi anugerah Bintang CUCKOO Paling Gempak itu juga bukan sahaja perlu membuat persembahan malah perlu menjawab soalan dengan bijak mengenai produk CUCKOO.

Pada Konsert Gegaran CUCKOO yang dikemudikan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Jihan itu menyaksikan setiap bintang tampil menyanyikan sebuah lagu popular mereka.

Tamat sahaja konsert tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia, KC Hoe diiringi oleh Toh Seng Lee selaku Ketua Pegawai Eksekutif CUKCOO Indonesia serta barisan pengurusan, pasukan jualan serta pasukan servis CUCKOO naik ke atas pentas untuk upacara memotong kek sempena ulang tahun ke empat CUCKOO.



Konsert Gegaran CUCKOO bakal menemui penonton di saluran Astro Ria (104), jam 9.30 malam pada 17 November ini.

Sempena ulang tahun CUCKOO kali ini juga, syarikat tersebut juga telah muncul dengan dua produk baharu iaitu dapur CUCKOO Inductrio serta penapis air CUCKOO Queen Stand.



CUCKOO Inductrio adalah penambahan terbaharu dalam rangkaian dapur serba inovatif keluaran CUCKOO. Ia merupakan hob induksi hybrid yang direka dengan teknologi Direct Touch Sensor dan High Heat Algorithm yang dipatenkan.

Sementara CUCKOO Queen Stand pula adalah penapis air beralkali ringan terbaharu dengan tangki tahan karat yang terbesar di Malaysia serta direka untuk memenuhi keperluan keluarga yang lebih besar.

Kedua-dua produk baharu ini boleh dimiliki menerusi pelan pemilihan CUCKOO GOOOD Plan.

Tentukannya sekarang dengan membuat undian menerusi www.cuckoo.com.my/pencariancuckoofriend2019

Undian dibuka sehingga 17 November ini dan pemenang CUCKOO Friend 2019 akan diumumkan pada konsert akhir GV5.

Konsert akhir GV5 pada 18 November ini bakal bersiarang secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) jam 9 malam.

Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut.