Biar saya bantu cerahkan. . . Mungkin pengetahuan orang Islam tersebut belum menyeluruh tentang fahaman Fekah perihal Anjing ini. Disisi Mazhab kita, Imam Syafi’e rah, anjing itu Najis pada air liur dia dan pada badan (Bulu2) dia juga. Maka sesiapa yg tersentuh, perlu dia bersuci dgn sertu 7 kali. Seperti yang kita telah pelajari disekolah agama dulu-dulu. Tetapi, kalau perihal bagi makan minum pada anjing, itu perbuatan yg tiada kena mengena dgn najis pun, bersentuhan pun tidak, bahkan ia sebenarnya perbuatan yg mulia jikalau haiwan itu dalam keadaan sakit & memerlukan. . . Sesungguhnya Allah swt mewajibkan perbuatan ihsan dalam semua perkara. Hadith Riwayat Muslim. Juga suka untuk saya tambahkan, dalam kisah2 yang sahih, dari Nabi saw, tentang pemuda atau pelacur yang bagi minum pada anjing, mereka diredhai Allah swt dan bahkan diampunkan dosa, kerana bagi makan & minum pada haiwan yang memerlukan itu memang 1 kemuliaan disisi Allah swt. . . Dengan itu, berihsan dgn haiwan, khususnya anjing atau khinzir, ia bukanlah 1 benda haram utk dilakukan. Perlu kita perbetulkan fahaman tentang “Haram” nya anjing & khinzir. Kita diharamkan makan daging mereka atau bergumul dengan mereka, bukan mereka itu sendiri “Haram”. Mereka makhluk yang sempurna dalam ruang lingkup keadaan sedia ada mereka sendiri. Namun, keadaan mereka tidak sesuai utk kita manusia. Ia boleh bawa penyakit pada kita. Disebabkan itu kita diharamkan dekati haiwan-haiwan tersebut atas faktor kesihatan, kesucian & kebersihan. Begitu. Luruskan fahaman kita sama-sama ya. Semoga membantu. ☺️❤️👌🏻
A post shared by Da’i Wan (Official) (@wandazrin) on