Pelakon popular, Fasha Sandha berkongsi foto di sebuah klinik bersama dua orang anaknya iatu Putra Rayfal Ramli, 4, dan Putri Raysha Jemaima, 3.

Menurut Fasha, dia berasa gembira kerana ditemani anaknya ketika sedang sakit.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

"Sakit penghapus dosa kecil, tapi kenapa ibu sakit sekarang?

"Dua tentera ibu temankan ibu masa sakit, harap sampai tua anak-anak ibu ada masa ibu sakit," tulisnya sebagai kapsyen.

Ekoran perkara itu, beberapa rakan artis dan pengikut Fasha yang lain meninggalkan komen untuk memberi sokongan dan mendoakannya agar disembuhkan dengan segera.

Sakit, penghapus dosa kecik... But kenapa ibu sakit sekarang ☹️ Helpppppp..... . ? 2 tentera ibu temankan ibu masa sakit, harap sampai ibu tua anak2 dengan ibu masa ibu sakit .. . . #iburayfalraysha

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on


Fasha mulai aktif di industri hiburan tanah air pada tahun 2002 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam filem serta drama tempatan.