Pelakon Ozlynn melahirkan rasa sebak apabila sahabatnya, Marsha Milan menitipkan doa buatnya di depan Kaabah ketika menunaikan ibadah umrah.

Ozlynn menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memuat naik sebuah video Marsha yang dihantar kepadanya.

"YaAllah kau lindungilah sahabatku @marshamilan dan suaminya @sepol_ali dari gangguan iblis dan syaitan, hasad dengki, fitnah manusia, fitnah dajjal, jauhkan mereka dari seksaan kubur, haramkanlah tubuh mereka dari dijamah api neraka..

"Kau berikanlah mereka zuriat dari benih mereka sendiri dengan sihat, sempurna, cukup sifat.

Ya Allah, kau lindungilah sahabatku @marshamilan dan suaminya @sepol_ali dari gangguan iblis dan syaitan, hasad dengki, fitnah manusia, fitnah dajjal, jauhkan mereka dari seksaan kubur, haramkanlah tubuh mereka dr dijamah api neraka.. kau berikanlah mereka zuriat dari benih mereka sendiri dgn sihat, sempurna, cukup sifat.. dan kau peliharalah hubungan mereka suami isteri, di dunia demi kebahagiaan mereka bersama di akhirat.. aaminnnn yaa rabb.. p/s: kiki mekasih kerana ingat aku di sana.. jangan putus doa utk aku ya sahabat... ???

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on


"Dan kau peliharalah hubungan mereka suami isteri, di dunia demi kebahagiaan mereka bersama di akhirat. Amin yaa rabb.

"Kiki mekasih kerana ingat aku di sana..Jangan putus doa untuk aku ya sahabat," tulis Ozlynn sebagai kapsyen.

Dalam video tersebut, Marsha mendoakan semoga Ozlynn sekeluarga diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki serta anak-anaknya menjadi manusia yang bijak.

Rata-rata peminat turut berasa sebak mendengar doa itu serta mendoakan semoga Marsha sekeluarga mendapat umrah makbul.